Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Bandaraya

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan Raja Laut di pusat bandar Kuala Lumpur. Di sebelah barat stesen adalah Sungai Gombak manakala di sebelah timur laut stesen adalah pusat membeli-belah SOGO KL. Juga terletak berhampiran stesen adalah pusat membeli belah Kompleks Pertama, Menara UOB, Menara CIMB, Menara DBKL, Menara KWSP, Hotel The Grand Campbell, Hotel Premiera, kompleks Bank Negara Malaysia dan Pasar Malam Tunku Abdul Rahman.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
AG/SP Arah Selatan3 Laluan Ampang menghala ke  AG18  Ampang (Masjid Jamek)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Masjid Jamek)
AG/SP Arah Utara3 Laluan Ampang menghala ke  AG1  Sentul Timur (Sultan Ismail)
4 Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Sultan Ismail)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri
L1Aras LegarMesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, dan jejambat pejalan kaki ke SOGO KL dan 1 2 Bank Negara
GAras TanahPintu masuk/keluar, hentian teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[2]